Rabu, 29 Februari 2012

Doa Sebelum Memulakan Kerja (Awal Pagi)



بسم الله الرحمن الرحيم.......
الحَمْدُلِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ بِمَنِّهِ وَإِفْضَالِهِ وَيُدَافِعُ نِقَمَهُ بِعِزِّهِ وَجَلاَلِهِ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ بِحُسْنِ فِعَالِهِ . ألّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَتَابِعِيْهِ فِىْ أَقْوَالِهِ وَأَفْعَالِهِ
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya.

ألّلهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا
 وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الّتِىْ فِيْهَا مَعَاشُنَا
 وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الّتِى إِلَيْهَا مَعَادُنَا

Ya Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami. Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami.

وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَّنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ
 وَاجْعَلِ الموْت رَاحَةً لَّنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan.

Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.

رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍوَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .



Isnin, 27 Februari 2012

Kelebihan Solat Dhuha & Kehebatan Doa Solat Dhuha

 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Saya mula tertarik untuk menyusuri kelebihan Solat Dhuha ini apabila membaca doa selepas solat Dhuha ini. Antara bait-bait doa yang menarik perhatian saya iaitu, Jika rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah...

Ya Rabbi, sungguh...Doa ini yang membuatkan saya terus mencari kehebatan solat Dhuha ini. Saya tidak hairan mengapa para sahabat Nabi yang hidup serba kekurangan, namun bagi mereka, keperluan mereka sudah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang sementara ini. Jika anda masih merasakan diri andai berkehendak  kepada keperluan-keperluan dunia yang amat menakutkan seperti iphone,galaxy note,imac,tv LCD HD 3D 50 inci, kereta mewah BMW, rumah banglo 3 tingkat yang ada kolam didalamnya, saya sarankan jadikan amalan solat Dhuha ini sebagai satu doa kepada Allah, supaya menurunkan 'rasa cukup'  terhadap keinginan keperluan dunia kita yang menggila ini.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.





Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Cara melakukan solat Dhuha: a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

 

Maksudnya Doa Selepas Solat Dhuha;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Jumaat, 24 Februari 2012

Doa selepas sembahyang


Doa selepas solat.
Doa1
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh
alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang
menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu
segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran
zatMu dan agung kekuasaanMu”

Doa2
Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu,
syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”


Doa3
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan
dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah
kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari
sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu
dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


Doa4
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”


Doa5
Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan
antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan
keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada
cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan
samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah,
berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan
hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan
berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi
taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di
atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu
menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan
nikmatMu ke atas kami.”


Doa6
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan
dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami
daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita,
Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat
semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat
kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan,
kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji
semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Bacaan Dalam Solat Dan Maknanya

Slide1
Doa Iftitah
Iftitah_cr
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
Ta’awwudz
Auzubillah
A’uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.
Al Fatihah
Al-fatihah
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil’aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an’amta alaihim gahiril maghdhuubi’alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!

Ruku
Doa-rukuk-1
Subhaana rabbiyal azhim (3x) (”Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung“)
atau
Sujud04
Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii (Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)
I’tidal
Itidal1
Sami’allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.)
Dilanjutkan dengan
\Itidal2

Sujud
Sujud
Subhaana rabbiyal a’la (3x) (Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi)
atau
Doa-sujud-1
Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii (Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)
Duduk Diantara Dua Sujud

Rabbirfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii wahdinii wa 'aafinii wa' fu annii
Duduk Tahiyyat (Tasyahud Awal)
8-tasyahhud awal

Sambung bacaan ini jika berada di  Tasyahud Akhir.

Ertinya:
Segala kehormatan, segala keberkatan, segala doa (sembahyang) segala kebaikan itu adalah keupayaan Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatanNya. Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah. Dan juga aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.

Sambungan yang dibawah ini hanya sunat sahaja:

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Penghulu kami Muhammad dan seluruh keluarga Penghulu kami Muhammad; sebagaimana yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan seluruh keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berkati Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanyalah Engkau sahajalah yang paling terpuji dan yang paling mulia.

Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang dan yang tersembunyi dan yang zahir nyata dan yang terlebih daripada yang diharuskan dan apa yang Engkau ketahui denganya daripadaku; Engkaulah yang mengampuni dosa yang dahulu dan dosa yang kemudian; Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau.

Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada golongan orang-orang yang zalim.

Kredit: Buku Hidup Ibadat, karangan Ustaz Hj Fadzil Hj Ahmad.



Memberi Salam
Salam
Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)

Sumber online: http://www.baitulummah.org/web/?p=141

Amalan Bacaan Doa Dalam Wuduk




Di sini saya ingin berkongsi tentang wudhuk sebelum solat yang kita lakukan setiap hari dengan tujuan untuk berkongsi  ilmu dengan sahabat semua. Semasa berwudhuk ada doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk mendapat wudhuk yang sempurna dan membersihkan hati kita supaya berada lebih dekat dengan Allah.
BACAAN SEBELUM WUDHU
12- بِسْمِ اللهِ.
12. “Dengan nama Allah (aku berwudhu). [21]
———————————
[21] HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Irwa’ul Ghalil 1/122.


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”
Penjelasan: Ini kerana kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah tanpa kita sedari apa yang keluar dari mulut kita sama ada baik atau buruk.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. Semoga kita ditempatkan di dalam syurga Allah di akhirat kelak.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan kerana amalan baik yang dilakukan semasa hidup di dunia.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini.”
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan semasa hidup di dunia.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu.”
Penjelasan: Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala. Panas dunia pun kita tidak mampu bertahan. Inikan pula panasnya Padang Mahsyar. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini.”
Penjelasan: Hari-hari kita mungkin mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Telinga manusia juga banyak mendengar perkara-perkara yang melalaikan.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.”
Penjelasan: Ahli syurga melintasi itian Siratul Mustaqqim dengan begitu pantas sekali. Semoga Allah mempermudahkannya bagi kita.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.”
Penjelasan: Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah. Semoga kita akan dibantu oleh Allah semasa melakukan amalan kebaikan dan dilindungi oleh Allah dari melakukan kemaksiatan.
 InsyaAllah dengan amalan doa semasa berwudhuk ini akan dapat memberi khusyuk semasa kita melakukan sembahyang 5 waktu.
BACAAN SETELAH WUDHU
13- أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
13. “Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq kecuali Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya. Aku bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya”. [22]
14- اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.
14. “Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang (yang senang) bersuci”. [23]
15- سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.
15. “Maha Suci Engkau, ya Allah, aku memuji kepadaMu. Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu”. [24]

———————————
[22] HR. Muslim 1/209.
[23] HR. At-Tirmidzi 1/78, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/18.
[24] HR. An-Nasai dalam ‘Amalul Yaumi wal Lailah, halaman 173 dan lihat Irwa’ul Ghalil, 1/135 dan 2/94.
Sumber Online:

Khamis, 23 Februari 2012

Cintai Rasulullah Sebagaimana Baginda Mencintai Kita ~ Ustaz Don


Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku )," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi saw. "Kamu adalah sahabat-sahabatku".

Ketenangan Hidup Sebenar Yang Dicari ~ Dr. Mohd Asri Zainal Abidin


Ramai orang mengaitkan ketenangan hidup dgn faktor harta dgn faktor kekayaan. Walaupun itu blh menjadi penyumbang, tetapi itu bkn segalanya. Betapa ramai orang yg berada dlm rumah yg besar, tidur diatas katil yg empuk, tetapi lenanya tidak nyenyak, bahkan ada yg tidur di pondok buruk, kadang² dia lebih lena dari kita. Lihatlah, bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya...

[Video] Astaghfirullah - Hafiz Hamidun


Klik disini untuk video penuh...

[Video] Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun

Klik disini untuk video penuh...

Sabtu, 18 Februari 2012

Hizb Bahr Dan Terjemahannya

Hizb Bahr Syeikh Abu Hassan As Syazilli

 حِـزْبُ الْبَحْر
اَلإِْمَام اَبُو حَسَـنْ اَلشَاذِيلِي

بِسْـمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ يَا اَللَّهُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيْمُ اَنْتَ رَبِّـي، وَعِلْمُكَ حَسْـبِي، فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّي، وَنِعْمَ الْحَسْبُ حَسْبِي،
تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ، وَأَنْتَ الْعَزِيزُ الرَّحِيْمُ،

نَسْـأَلُكَ الْعِصْـمَةَ فِـي الْحَرَكَـاتِ وَالسَّـكَنَاتِ والْكَلِمَـاتِ وَاْلإِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ، مِنَ الشُّـكُوْكِ وَالظُّنُـوْنِ
وَاْلأَوْهَامِ السَّاتِرَةِ للْقُلُوْبِ عنْ مُطَالَعَـةِ الْغُيُوْبِ.

فَقَدِ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُـوْنَ وَزُلْزِلُـوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا. وَإِذْ يَقُـوْلُ الْمُنَـافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِي قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُوْلُهُ
إِلاَّ غُرُوْرًا.

فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا الْبَحْـرَ كَمَا سَخَّرْتَ الْبَحْـرَ لِمُوْسَـى عَلَيْـهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ النَّارَ ْلإِبْرَاهِيْمَ عَلَيْـهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ الْجِبَالَ وَالْحَدِيْـدَ لِدَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَسَخَّرْتَ الـرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ والْجِـنَّ لِسُـلَيْمَانَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، وَسَخِّرْلَنَا كُلَّ بَحْرٍ هُوَ لَكَ فِي الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَالْمُلْكِ وَالْمَلَكُوْتِ، وَبَحْرِ الدُّنْيَا وَبَحْرِ الآخِرَةِ، وَسَخِّرْ لَنَا كُلَّ شَيْءٍ، يَا مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُـوْتُ كُلِّ شَيْءٍ،

كهيعص،كهيعص،كهيعص

أُنْصُرْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ،
وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الفَاتِحِيْنَ،
وَاغْفِرْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الغَافِرِيْنَ،
وَارْحَمْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ،
وَارْزُقْنَّا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ،
وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ القَوْمِ الظَّالِمِيْنَ،

وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيِّبَةً كَمَا هِيَ فِي عِلْمِكَ، وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَـزَائِنِ رَحْمَتِكَ، وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ الْكَرَامَةِ مَعَ
السَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ فِي الـدِّيْنِ وَالـدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

اَللَّهُمَّ يَسِّرْ لَنَا أُمُوْرَنَا مَـعَ الرَّاحَـةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا، وَالسَّلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ ِفِيْ دِيْنَنَا وَدُنْيَانَا، وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَحَضَرِنَا، وَخَلِيْفَةً فِي أَهْلِنَا، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ أَعْدَائِنَا، وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ الْمُضِـيَّ وَلاَ الْمَجِيْءَ إِلَيْنَا.

وَلَوْ نَشَآءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُـنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُوْنَ، وَلَـوْ نَشَـآءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَـانَتِهِمْ فَمَـا اسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَ يَرْجِعُوْنَ

يس. وَالْقُرْآنِ الْحَكِيْمِ. إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ. عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ. تَنْزِيْلَ الْعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ. لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَـا أُنْـذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ. لَقَدْ حَقَّ القَـوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُوْنَ. إِنَّا جَعَلْنَا فِى أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَـانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ. وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُوْنَ

شَاهَتِ الوُجُوْهُ

وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِلْحَيِّ القَيُّوْمِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

طس

حمعسق

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ

حم حم حم حم حم حم حم

حُمَّ الأَمْرُ وَجَاءَ النَّصْـرُ فَعَلَيْنَـا لاَ يُنْصَرُوْنَ.

حم. تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ العَزِيْزِ العَلِيْمِ. غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ العِقَابِ ذِي الطَّوْلِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيْرُ

بِسْمِ اللَّهِ بَا بُنَا، تَبَارَكَ حِيْطَانُنَا، يس سَقْفُنَا، كهـيعص كِفَايَتُنَـا، حمعسـق حِمَايَتُنَـا، ق. وَالْقُوْآنِ الْمَجِيْدِ وِقَايَتُنَا.

فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللَّهُ، وَهُوَ السَّـمِيْعُ العَلِيْمُ

سِتْرُ العَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا، وَعَيْنُ اللَّهِ نَاظِرَةٌ إِلَيْنَا، بِحَوْلِ اللَّهِ لاَ يُقْدَرُ عَلَيْنَا.
وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ. بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ. فِي لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ

فَا للَّهُ خَيْرٌ حَافِظَا، وَهُوَ أَرْحَـمُ الرَّاحِمِيْنَ

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَـابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ

حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُـوَ، عَلَيْـهِ تَوَكَّلْتُ، وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَـعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بـِاللَّهِ العَلِـيِّ العَظِيْمِ

وَصَلَّى اللُّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَـلُّوْنَ عَلَـى النَّبِيِّ، يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْـهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

اَللَّهُ لاَإِلَهَ إِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا في السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ واْلأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.

يَا اللَّهُ يَا نُوْرُ يَا حَقُّ يَا مُبِيْنُ، اُكْسُنِي مِنْ نُوْرِكَ، وَعَلِّمْنِـي مِـنْ عِلْمِـكَ، وَأَفْهِمْنِي عَنْـكَ، وَاسْـمِعْنِي مِنْـكَ، وَبَصِّرْنِي بِكَ، وأَقِمْنِـي بِشُـهُوْدِكَ، وَأَلْبِسْنِي لِبَاسِ التَّقْوَى مِنْكَ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، يَا سَمِيْعُ يَا عَليْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا اللَّهُ، اِسْمَعْ دُعَـائِي بِخَصَائِصِ لُطْفِكَ آمِيْنَ.

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

يَا عَظِـيْمَ السُّـلْطَانِ، يَا قَدِيْمَ اْلإِحْسَانِ، يَا دَائِمَ النَّعْمَاءِ، يَا بَاسِـطَ الرِّزْقِ، يَا كَثِيْرَ الْخَيْرَاتِ، يَا وَاسِعَ العَطَاءِ، يَا دَافِعَ البَلاَءِ، يَا سَامِعَ الدُّعَاءِ، يَا حَاضِرًا لَيْسَ بِغَائِبٍ، يَا مَوْجُوْدًا عِنْدَ الشَّدَائِدِ، يَا خَفِيِّ اللُّطْفِ، يَا لَطِيْـفَ الصُّنْعِ، يَا حَلِيْمًا لاَ يَعْجَلُ، اِقْضِ حَاجَتِي بِرَحْمَتِيكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

 بِسْـمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نَحْنُ فِيْهِ، وَمَـا نَطْلُبُهُ وَنَرْتَجِيْهِ مِنْ رَحْمَتِكَ فِيْ أَمْرِنَـا كُلِّهِ، فَيَسِّرْ لَنَا مَا نَحنُ فِيْهِ مِنْ سَـفَرِنَا وَمَا نَطْلُبُهُ مِنْ حَوَائِجِنَا، وَقَرِّبْ عَلَيْنَـا الْمَسَافَاتِ، وَسَلِّّمْنَا مِنَ العِلَلِ وَالآفاتِ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلاَ مَبْلَـغَ عِلْمِنَا، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ 
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
 
Terjemahan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang keras.

'Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita kecuali tipuan."'(Al Ahzab 33: 11-12)

Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x)

Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.

'Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat melihat?
Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat kembali.'

(Yasin 36: 66-67)
'Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang Rasul... Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan di antara tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.'
(Yasin 36:1-9)
Seburuknya wajah-wajah (3 x)

'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul kezaliman.'(Thaha 20:111)
Thaa Siin. Haa Miim. 'Ain, Siin, Qaaf

'Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada berlawanan'(Ar-Rahman 55: 19-20)

Haa Miim (7x)

Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.

'Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya tujuan kembali."(Al-Mukmin 40: 1-3)
Bismillah pintu bagi kami;

Tabaroka dinding perisai kami;

Yaa Siin atap menaungi kami;

Kaaf Haa Yaa 'Ain Sod pencukup keperluan kami;

Haa Miim, 'Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.

Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)

Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;

Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;

Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.

'Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia... Yang termaktub dalam Loh Mahfudz'
(Al-Buruj 85: 20-22)

'Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling penyayang.' (3x)
(Yusuf 12:64)
'Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.' (3x)
(Al-A'raf 7:196)
'Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung' (3x)
(Al-Bara'a 9:129)
Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... (3x)

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung... (3x) 

Nota tambahan:
Adapun perkataan samudera di dalam terjemahan Hizib ini bukan sekadar bermaksud lautan yang mengandungi air malah bermaksud "lautan" alam-alam... Iaitu setiap alam-alam ciptaan Tuhan setiap satunya boleh diibaratkan sebagai sebuah lautan di mana terdapat makhluk-makhluk tertentu bermain-main di dalamnya...

Jumaat, 17 Februari 2012

Pengenalan Hizb Bahr


Tahukah sahabat-sahabat apakah yang dikatakan hizbul bahr?? Hizb al-bahr ini adalah hizib yang termasyhur disamping dua hizib lagi iaitu hizb an-Nawawi dan Ratib Hadad. Ketiga-tiga ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.

Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam arti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Terdapat banyak keistimewaan @ kelebihan @ fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkankan hizib-hizib ini. Antaranya mendapat redha Allah, sentiasa dalam keadaan hati yang tenang, terpelihara dari hasad dengki khianat orang, terpelihara dari gangguan jin, syaitan serta iblis dan sebagainya. Apapun kelebihan-kelebihan yang ada itu adalah kurniaan Allah kepada hamba yang diredhainya, maka kita sebagai hamba Allah hendaklah mengikhlaskan niat terhadap apa jua amalan yang dilakukan. Berkenaan kelebihan-kelebihan itu kita serahkan kepada Allah dan jangan mengharapkannya. Kerana setiap musihabah yang berlaku keatas kita terkadang ada hikmah disebaliknya dan terkadang menjadi kaffarah (balasan untuk menghapus dosa) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cukuplah yang penting kita mengamalkannya hanya mencari redha Allah S.W.T.

Kembali kepada Hizb al-Bahr, hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak muridnya supaya rajin dibaca, diamalkan dan diajarkan kepada anak-anak. Kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A'dzam (nama Allah yang Maha Agung
Sejarah Hizb al-Bahr


Hizb ini diajarkan oleh Rasulallah S.A.W melalui mimpi Imam Abu Hasan asy-Syazili sewaktu beliau berdukacita di tengah-tengah Laut Merah.
Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut. Kapten kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita. Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizib ini.
Apabila tiba waktu siang, al-Imam menyuruh kapten kapal itu bersiap-siap untuk berlayar. Dan ini menyebabkan kapten kapal itu kehairanan, lalu bertanya.
Kapten kapal : "Mana Anginnya, tuan?".

Jawab al-Imam : " Sudah! siap-siap, sekarang angin datang!".
Dengan Izin Allah S.W.T beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini, kapten kapal yang seorang nasrani itu pun memeluk Islam. MasyaAllah.

Kenali al-Imam Abu Hassan asy-Syazili

Nama sebenar :
Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya' b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.
Tempat lahir : Kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Afrika.
Tarikh lahir : 593 H.
Menetap :

Di Iskandariah iaitu sebuah bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat asy-Syaziliah. Beliau seorang yang buta tetapi Alah telah gantikan dengan penglihatan yang terang benderang.
Wafat : Di padang Sahara Iz'aab pada 656 H dalam perjalanan menunaikan haji.

~ Saya ditanya soalan ini selepas ada yang bertanya di forum tentang dakwaan di internet bahawa sesiapa yang mengamal hizib bahar maka akan mengundang jin pendamping. Saya telah mengijazahkan hizib bahar di dalam seminar2 KISWAH.. Selepas membaca tulisan tersebut, penanya tadi terus membuang hizib bahar tersebut dan tidak mengamalkannya kerana takut JIN AKAN BERDAMPING DENGANNYA....

Astaghfirullah....

Sebelum saya bagi komen , cukuplah saya bertanya...

Nama sebenarnya Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya' b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.

Kaji dan dapatkan maklumat siapa dia Sayyidul Arifin Imammul Muttaqin wa QaddasALLAHU Sirrahu Imam Abil Hasan as Syazili ini sebelum mengatakan amalan yang dibawanya membawa pendamping jin dan kesesatan,......

Astagfirullah... Inilah amalan dalam kitab Syawariqul Anwar yang disusun oleh Al Marhum as Syyid Dr Muhammad bin Alawi al Maliki al Hasani....

Inilah amalan yang biasa di bumi anbiya' Mesir, Syria, Yaman hatta di Makkah al Mukarramah. Sudah menjadi kebiasaan sebelum dan selepas pengajian kitab Sh Nuruddin dan Sh Fahmi Zam zam di Masjid Sultanah Bahiyah, Masjid Rafiah Taman Uda, PAKSI,Rumah Tafaqquh Alor Star dan di Pondok Derang, kami membaca sama ada hizib bahar, hizib imam Nawawi dan Rattib al Attas...Di Kedah seingat saya bacaan 3 hizib wali Qutub ini ibarat membaca Yaasin pada malam Jumaat... Bagi orang2 alim dan soleh bacaan ini kerutinannya ibarat 'makan nasi' bagi mereka.... Malah sewaktu di Syria, sebelum muzakarah antara pelajar berlangsung kami pelajar2 Malaysia akan memulakan dengan membaca Hizib Bahar terlebih dahulu...

Alhamdulillah saya yang hina dina ini Allah telah memberi peluang menerima ijazahnya dari Sh Nuruddin yang merupakan anak murid Sh Yasin Fadani Musnidul ad Dunya wal Alam dan Sh Uthman Zein Makkatul Mukarramah. Beliau telah mengijazahkan amalan ni kepada kami sejak tahun 2001 lagi semasa di Pondok Derang dan begitu juga guru saya Sheikh Fahmi Zamzam an Nadwi al Maliki yang merupakan anak murid Maulana Sheikh Abul Hasan an Nadwi al Maliki dan juga Sh Muhammad Alawi al Maliki dan merupakan anak murid Sh Nadim as Syihabi Halab Syria dan gurunya Sh Fathullah al Jami. Sh Fahmi Zamzan juga adalah pengikut dan sheikh tarekat Syazili. Beliau juga juga mengambil amalan ni dari Sheiknya al alim al allamah Kiyai Syukri Yunus dari Darus Salam Martapura Indonesia dan kami menerima ijazahnya melalui kitab Bekal Akhirat...

WALLAHI saya tidak pernah mendengar pun dari mana2 guru2 saya dan kata2 ulamak serta mana2 tulisan di mana2 kitab bahawa mengamal hizib bahar atau mana2 amalan ulamak muktabar mempunyai side effect, risiko, keburukan, unsur sihir, unsur hitam, unsur jahat, kekhuatiran akan didampingi jin apabila beramal dengannya dan bala pengkhadaman jin yang membawa kepada kesesatan dan kesyirikan... Malah kami pelajar2 Insaniah yang alhamdulillah biiznillah diberi keketuan menghadiri pengajian tafaqquh dan berulang kali menerima ijazahnya dari guru yang pelbagai tidak pernah mendengar sepatah pun akan kata2 negatif berkenaan amalan ini dari guru2 kami..... dan merekalah sebenar2nya pro, arif dan mahir dengan amalan2 yang mereka ijazahkan.....

Apa2 kenyataan yang membawa kepada kekhuatiran umum untuk mengamalkan amalan para solihin ini adalah fitnah dan pengisytiharan perang kepada awliya' Allah....

Ini adalah komen kawan2 dalam forum kita: Tuab Arman:

Tahukah sahabat-sahabat apakah yang dikatakan hizbul bahr?? Hizb al-bahr ini adalah hizib yang termasyhur disamping dua hizib lagi iaitu hizb an-Nawawi dan Ratib Hadad. Ketiga-tiga ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.

Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam arti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Terdapat banyak keistimewaan @ kelebihan @ fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkankan hizib-hizib ini. Antaranya mendapat redha Allah, sentiasa dalam keadaan hati yang tenang, terpelihara dari hasad dengki khianat orang, terpelihara dari gangguan jin, syaitan serta iblis dan sebagainya. Apapun kelebihan-kelebihan yang ada itu adalah kurniaan Allah kepada hamba yang diredhainya, maka kita sebagai hamba Allah hendaklah mengikhlaskan niat terhadap apa jua amalan yang dilakukan. Berkenaan kelebihan-kelebihan itu kita serahkan kepada Allah dan jangan mengharapkannya. Kerana setiap musihabah yang berlaku keatas kita terkadang ada hikmah disebaliknya dan terkadang menjadi kaffarah (balasan untuk menghapus dosa) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cukuplah yang penting kita mengamalkannya hanya mencari redha Allah S.W.T.

Kembali kepada Hizb al-Bahr, hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak muridnya supaya rajin dibaca, diamalkan dan diajarkan kepada anak-anak. Kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A'dzam (nama Allah yang Maha Agung).

Sejarah Hizb al-Bahr

Hizb ini diajarkan oleh Rasulallah S.A.W melalui mimpi Imam Abu Hasan asy-Syazili sewaktu beliau berdukacita di tengah-tengah Laut Merah.

Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut. Kapten kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita. Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizib ini.

Apabila tiba waktu siang, al-Imam menyuruh kapten kapal itu bersiap-siap untuk berlayar. Dan ini menyebabkan kapten kapal itu kehairanan, lalu bertanya.

Kapten kapal : "Mana Anginnya, tuan?".
Jawab al-Imam : " Sudah! siap-siap, sekarang angin datang!".

Dengan Izin Allah S.W.T beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini, kapten kapal yang seorang nasrani itu pun memeluk Islam. MasyaAllah.

Kenali al-Imam Abu Hassan asy-Syazili

Nama sebenar :

Abu Hassan Ali b. Abdullah b. Abdul Jabbar b. Tamim b. Hurmuz b. Hatim b. Qushoy b. Yusuf b. Yusya' b. Ward b. Abu Batthal Ali b. Ahmad b. Muhammad b. Isa b. Idris b. Abdullah b. al-Hasan al-Mutsanna b. al-Hasan b. Ali b. Abu Thalib Karamallahu wajhah suami Fatimah bt. Muhammad S.A.W.

Tempat lahir : Kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Afrika.

Tarikh lahir : 593 H.

Menetap :

Di Iskandariah iaitu sebuah bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat asy-Syaziliah. Beliau seorang yang buta tetapi Alah telah gantikan dengan penglihatan yang terang benderang.

Wafat : Di padang Sahara Iz'aab pada 656 H dalam perjalanan menunaikan haji.


Nama lengkap Syeikh Abu Hasan As-Syazili ialah as-Syadzili Ali bin Abdillah bin Abdul-Jabbar, yang kalau diteruskan nasabnya akan sampai pada Hasan bin Ali bin Abu Talib


Syeikh Abu Hasan dilahirkan di Maroko tahun 593 H di desa yang bernama Ghimaroh di dekat kota Sabtah (dekat kota Thonjah sekarang). Imam Syadzili dan kelimuan

Di kota kelahirannya itu Syadzili pertama kali menghafal Alquran dan menerima pelajaran ilmi-ilmu agama, termasuk mempelajari fikih madzhab Imam Malik. Beliau berhasil memperoleh ilmu yang bersumber pada Alquran dan Sunnah demikian juga ilmu yang bersumber dari akal yang jernih. Berkat ilmu yang dimilikinya, banyak para ulama yang berguru kepadanya. Sebagian mereka ada yang ingin menguji kepandaian Syekh Abu al-Hasan. Setelah diadakan dialog ilmiah akhirnya mereka mengakui bahwa beliau mempunyai ilmu yang luas, sehingga untuk menguras ilmunya seakan-akan merupakan hal yang cukup susah. Memang sebelum beliau menjalani ilmu thariqah, ia telah membekali dirinya dengan ilmu syariat yang memadahi.

Imam Syadzili dan Tariqah

Hijrah atau berkelana bisa jadi merupakan sarana paling efektif untuk menemukan jati diri. Tak terkecuali Imam Syadzili. Orang yang lebih dikenal sebagai sufi agung pendiri thariqah Syadziliyah ini juga menapaki masa hijrah dan berkelana.

Asal muasal beliau ingin mencari jalan thariqah adalah ketika masuk negara Tunis sufi besar ini ingin bertemu dengan para syekh yang ada di negeri itu. Di antara Syekh-syekh yang bisa membuat hatinya mantap dan berkenan adalah Syekh Abi Said al-Baji. Keistimewaan syekh ini adalah sebelum Abu al-Hasan berbicara mengutarakannya, dia telah mengetahui isi hatinya. Akhirnya Abu al-Hasan mantap bahwa dia adalah seorang wali. Selanjutnya dia berguru dan menimba ilmu darinya. Dari situ, mulailah Syekh Abu al-Hasan menekuni ilmu thariqah.



Beliau pernah berguru pada Syeikh Ibnu Basyisy dan kemudian mendirikan tarekat yang dikenal dengan Tariqat Syaziliyyah di Mesir.

Untuk menekuni tekad ini, beliau bertandang ke berbagai negara, baik negara kawasan timur maupun negara kawasan barat. Setiap derap langkahnya, hatinya selalu bertanya, "Di tempat mana aku bisa menjumpai seorang syekh (mursyid)?". Memang benar, seorang murid dalam langkahnya untuk sampai dekat kepada Allah itu bagaikan kapal yang mengarungi lautan luas. Apakah kapal tersebut bisa berjalan dengan baik tanpa seorang nahkoda (mursyid). Dan inilah yang dialami oleh syekh Abu al-Hasan. Dalam pengembaraannya Imam Syadzili akhirnya sampai di Iraq, yaitu kawasan orang-orang sufi dan orang-orang shalih. Di Iraq beliau bertemu dengan Syekh Shalih Abi al-Fath al-Wasithi, yaitu syekh yang paling berkesan dalam hatinya dibandingkan dengan syekh di Iraq lainnya. Syekh Abu al-Fath berkata kepada Syekh Abu al-Hasan, "Hai Abu al-Hasan engkau ini mencari Wali Qutb di sini, padahal dia berada di negaramu? kembalilah, maka kamu akan menemukannya".

Akhirnya, beliau kembali lagi ke Maroko, dan bertemu dengan Syekh al-Shiddiq al-Qutb al-Ghauts Abi Muhammad Abdussalam bin Masyisy al-Syarif al-Hasani. Syekh tersebut tinggal di puncak gunung.


Sebelum menemuinya, beliau membersihkan badan (mandi) di bawah gunung dan beliau datang laksana orang hina dina dan penuh dosa. Sebelum beliau naik gunung ternyata Syekh Abdussalam telah turun menemuinya dan berkata, "Selamat datang wahai Ali bin Abdullah bin Abdul Jabbar……". Begitu sambutan syekh tersebut sembari menuturkan nasabnya sampai Rasulullah SAW. Kemudia dia berkata, "Kamu datang kepadaku laksana orang yang hina dina dan merasa tidak mempunyai amal baik, maka bersamaku kamu akan memperoleh kekayaan dunia dan akhirat”.


Akhirnya beliau tinggal bersamanya untuk beberapa hari, sampai hatinya mendapatkan pancaran ilahi. Selama bersama Syekh Abdussalam, beliau melihat beberapa keramat yang dimilikinya. Pertemuan antara Syekh Abdussalam dan Syekh Abu al-Hasan benar-benar merupakan pertemuan antara mursyid dan murid, atau antara muwarrits dan waarits. Banyak sekali futuhat ilahiyyah yang diperoleh Syekh Abu al-Hasan dari guru agung ini.


Di antara wasiat Syekh Abdussalam kepada Syadzili adalah, "Pertajam penglihatan keimanan, maka kamu akan menemukan Allah pada setiap sesuatu".


Tentang nama Syadzili


Kalau dirunut nasab maupun tempat kelahiran syekh agung ini, tidak didapati sebuah nama yang memungkinkan ia dinamakan Syadzili. Dan memang, nama tersebut adalah nama yang dia peroleh dalam perjalanan ruhaniah.

Dalam hal ini Abul Hasan sendiri bercerita : "Ketika saya duduk di hadapan Syekh, di dalam ruang kecil, di sampingku ada anak kecil. Di dalam hatiku terbersit ingin tanya kepada Syekh tentang nama Allah. Akan tetapi, anak kecil tadi mendatangiku dan tangannya memegang kerah bajuku, lalu berkata, "Wahai, Abu al–Hasan, kamu ingin bertanya kepada Syekh tentang nama Allah, padahal sesungguhnya kamu adalah nama yang kamu cari, maksudnya nama Allah telah berada dalam hatimu. Akhirnya Syekh tersenyum dan berkata, "Dia telah menjawab pertanyaanmu".

Selanjutnya Syekh Abdussalam memerintahkan Abu al-Hasan untuk pergi ke daerah Afriqiyyah tepatnya di daerah bernama Syadzilah, karena Allah akan menyebutnya dengan nama Syadzili –padahal pada waktu itu Abu al-Hasan belum di kenal dengan nama tersebut-.

Sebelum berangkat Abu al-Hasan meminta wasiat kepada Syekh, kemudian dia berkata, "Ingatlah Allah, bersihkan lidah dan hatimu dari segala yang mengotori nama Allah, jagalah anggota badanmu dari maksiat, kerjakanlah amal wajib, maka kamu akan memperoleh derajat kewalian. Ingatlah akan kewajibanmu terhadap Allah, maka kamu akan memperoleh derajat orang yang wara'. Kemudian berdoalah kepada Allah dengan doa, "Allahumma arihnii min dzikrihim wa minal 'awaaridhi min qibalihim wanajjinii min syarrihim wa aghninii bi khairika 'an khairihim wa tawallanii bil khushuushiyyati min bainihim innaka 'alaa kulli syai'in qadiir".


Selanjutnya sesuai petunjuk tersebut, Syekh Abu al-Hasan berangkat ke daerah tersebut untuk mengetahui rahasia yang telah dikatakan kepadanya. Dalam perjalanan ruhaniah kali ini dia banyak mendapat cobaan sebagaimana cobaan yang telah dialami oleh para wali-wali pilihan. Akan tetapi dengan cobaan tersebut justru semakin menambah tingkat keimanannya dan hatinya semakin jernih.

Sesampainya di Syadzilah, yaitu daerah dekat Tunis, dia bersama kawan-kawan dan muridnya menuju gua yang berada di Gunung Za'faran untuk munajat dan beribadah kepada Allah SWT. Selama beribadah di tempat tersebut salah satu muridnya mengetahui bahwa Syekh Abu al-Hasan banyak memiliki keramat dan tingkat ibadahnya sudah mencapai tingkatan yang tinggi.

Pada akhir munajat-nya ada bisikan suara , "Wahai Abu al-Hasan turunlah dan bergaul-lah bersama orang-orang, maka mereka akan dapat mengambil manfaat darimu, kemudian beliau berkata: "Ya Allah, mengapa Engkau perintahkan aku untuk bergaul bersama mereka, saya tidak mampu" kemudian dijawab: "Sudahlah, turun Insya Allah kamu akan selamat dan kamu tidak akan mendapat celaan dari mereka" kemudian beliau berkata lagi: "Kalau aku bersama mereka, apakah aku nanti makan dari dirham mereka? Suara itu kembali menjawab : "Bekerjalah, Aku Maha Kaya, kamu akan memperoleh rizik dari usahamu juga dari rizki yang Aku berikan secara gaib.


Dalam dialog ilahiyah ini, dia bertanya kepada Allah, kenapa dia dinamakan syadzili padahal dia bukan berasal dari syadzilah, kemudian Allah menjawab: "Aku tidak mnyebutmu dengan syadzili akan tetapi kamu adalah syadzdzuli, artinya orang yang mengasingkan untuk ber-khidmat dan mencintaiku”.

Imam Syadzili menyebarkan Tariqah Syadziliyah

Dialog ilahiyah yang sarat makna dan misi ini membuatnya semakin mantap menapaki dunia tasawuf. Tugas selanjutnya adalah bergaul bersama masyarakat, berbaur dengan kehidupan mereka, membimbing dan menyebarkan ajaran-ajaran Islam dan ketenangan hidup. Dan Tunis adalah tempat yang dituju wali agung ini.

Di Tunis Abul Hasan tinggal di Masjid al-Bilath. Di sekitar tempat tersebut banyak para ulama dan para sufi. Di antara mereka adalah karibnya yang bernama al-Jalil Sayyidi Abu al-Azaim, Syekh Abu al-Hasan al-Shaqli dan Abu Abdillah al-Shabuni.


Popularitas Syekh Abu al-Hasan semerbak harum di mana-mana. Aromanya sampai terdengar di telinga Qadhi al-Jama'ah Abu al-Qasim bin Barra'. Namun aroma ini perlahan membuatnya sesak dan gerah. Rasa iri dan hasud muncul di dalam hatinya. Dia berusaha memadamkan popularitas sufi agung ini. Dia melaporkan kepada Sultan Abi Zakaria, dengan tuduhan bahwa dia berasal dari golongan Fathimi.

Sultan meresponnya dengan mengadakan pertemuan dan menghadirkan Syekh Abu al-Hasan dan Qadhi Abul Qosim. Hadir di situ juga para pakar fiqh. Pertemuan tersebut untuk menguji seberapa kemampuan Syekh Abu al-Hasan.


Banyak pertanyaan yang dilontarkan demi menjatuhkan dan mempermalukan Abul Hasan di depan umum. Namun, sebagaimana kata-kata mutiara Imam Syafi'I, dalam ujian, orang akan terhina atau bertambah mulia. Dan nyatanya bukan kehinaan yang menimpa wali besar.

Kemuliaan, keharuman nama justru semakin semerbak memenuhi berbagai lapisan masyarakat.
Qadhi Abul Qosim menjadi tersentak dan tertunduk malu. Bukan hanya karena jawaban-jawaban as-Syadzili yang tepat dan bisa menepis semua tuduhan, tapi pengakuan Sultan bahwa Syekh Abu al-Hasan adalah termasuk pemuka para wali. Rasa iri dan dengki si Qadhi terhadap Syekh Abu al-Hasan semakin bertambah, kemudian dia berusaha membujuk Sultan dan berkata: "Jika tuan membiarkan dia, maka penduduk Tunis akan menurunkanmu dari singgasana".


Ada pengakuan kebenaran dalam hati, ada juga kekhawatiran akan lengser dari singgasana. Sultan demi mementingkan urusan pribadi, menyuruh para ulama' fikih untuk keluar dari balairung dan menahan Syekh Abu al-Hasan untuk dipenjara dalam istana.
Kabar penahanan Syekh Abul Hasan mendorong salah seorang sahabatnya untuk menjenguknya.

Dengan penuh rasa prihatin si karib berkata, "Orang-orang membicarakanmu bahwa kamu telah melakukan ini dan itu". Sahabat tadi menangis di depan Syekh Abu al-Hasan lalu dengan percaya diri dan kemantapan yang tinggi, Syekh tersenyum manis dan berkata, "Demi Allah, andaikata aku tidak menggunakan adab syara' maka aku akan keluar dari sini –seraya mengisyaratkan dengan jarinya-. Setiap jarinya mengisyaratkan ke dinding maka dinding tersebut langsung terbelah, kemudian Syekh berkata kepadaku: "Ambilkan aku satu teko air, sajadah dan sampaikan salamku kepada kawan-kawan. Katakan kepada mereka bahwa hanya sehari saja kita tidak bertemu dan ketika shalat maghrib nanti kita akan bertemu lagi".


Syeikh as-Syadzili tiba di Mesir


Tunis, kendatipun bisa dikatakan cikal bakal as-Syadzili menancapkan thariqah Syadziliyah namun itu bukan persinggahan terakhirnya. Dari Tunis, Syekh Abu al-Hasan menuju negara kawasan timur yaitu Iskandariah. Di sana dia bertemu dengan Syekh Abi al-Abbas al-Mursi. Pertemuan dua Syekh tadi memang benar-benar mencerminkan antara seorang mursyid dan murid.

Adapun sebab mengapa Syekh pindah ke Mesir, beliau sendiri mengatakan, "Aku bermimpi bertemu baginda Nabi, beliau bersabda padaku : "Hai Ali… pergilah ke Mesir untuk mendidik 40 orang yang benar-benar takut kepadaku”.

Di Iskandariah beliau menikah lalu dikarunia lima anak, tiga laki-laki, dan dua perempuan. Semasa di Mesir beliau sangat membawa banyak berkah. Di sana banyak ulama yang mengambil ilmu dari Syekh agung ini. Di antara mereka adalah hakim tenar Izzuddin bin Abdus-Salam, Ibnu Daqiq al-Iid , Al-hafidz al-Mundziri, Ibnu al-Hajib, Ibnu Sholah, Ibnu Usfur, dan yang lain-lain di Madrasah al-Kamiliyyah yang terletak di jalan Al-muiz li Dinillah.

Karamah Imam Syadzili

Pada suatu ketika, Sultan Abi Zakaria dikejutkan dengan berita bahwa budak perempuan yang paling disenangi dan paling dibanggakan terserang penyakit langsung meninggal. Ketika mereka sedang sibuk memandikan budak itu untuk kemudian dishalati, mereka lupa bara api yang masih menyala di dalam gedung. Tanpa ampun bara api tadi melalap pakaian, perhiasan, harta kekayaan, karpet dan kekayaan lainnya yang tidak bisa terhitung nilainya.

Sembari merenung dan mengevaluasi kesalahan masa lalu, Sultan yang pernah menahan Syekh Syadzili karena hasudan qadhi Abul Qosim tersadar bahwa kejadian-kejadian ini karena sikap dia terhadap Syekh Abu al-Hasan. Dan demi melepaskan 'kutukan' ini saudara Sultan yang termasuk pengikut Syekh Abu al-Hasan meminta maaf kepada Syekh, atas perlakuan Sultan kepadanya. Cerita yang sama juga dialami Ibnu al-Barra. Ketika mati ia juga banyak mengalami cobaan baik harta maupun agamanya.

Di antara karomahnya adalah, Abul Hasan berkata, "Ketika dalam suatu perjalanan aku berkata, "Wahai Tuhanku, kapankah aku bisa menjadi hamba yang banyak bersyukur kepada-Mu?, kemudian beliau mendengar suara , "Yaitu apabila kamu berpendapat tidak ada orang yang diberi nikmat oleh Allah kecuali hanya dirimu. Karena belum tahu maksud ungkapan itu aku bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana saya bisa berpendapat seperti itu, padahal Engkau telah memberikan nikmat-Mu kepada para Nabi, ulama' dan para penguasa.

Suara itu berkata kepadaku, "Andaikata tidak ada para Nabi, maka kamu tidak akan mendapat petunjuk, andaikata tidak ada para ulama', maka kamu tidak akan menjadi orang yang taat dan andaikata tidak ada para penguasa, maka kamu tidak akan memperoleh keamanan. Ketahuilah, semua itu nikmat yang Aku berikan untukmu".

Di antara karomah sudi agung ini adalah, ketika sebagian para pakar fiqh menentang Hizib Bahr, Syekh Syadzili berkata, "Demi Allah, saya mengambil hizib tersebut langsung dari Rasulullah saw harfan bi harfin (setiap huruf)".

Di antara karomah Syekh Syadzili adalah, pada suatu ketika dalam satu majlis beliau menerangkan bab zuhud. Beliau waktu itu memakai pakaian yang bagus. Ketika itu ada seorang miskin ikut dalam majlis tersebut dengan memakai pakaian yang jelek. Dalam hati si miskin berkata, "Bagaimana seorang Syekh menerangkan bab zuhud sedangkan dia memakai pakaian seperti ini?, sebenarnya sayalah orang yang zuhud di dunia".
Tiba-tiba Syekh berpaling ke arah si miskin dan berkata, "Pakaian kamu ini adalah pakaian untuk menarik simpatik orang lain. Dengan pakaianmu itu orang akan memanggilmu dengan panggilan orang miskin dan menaruh iba padamu. Sebaliknya pakaianku ini akan disebut orang lain dengan pakaian orang kaya dan terjaga dari meminta-minta".
Sadar akan kekhilafannya, si miskin tadi beranjak berlari menuju Syekh Syadzili seraya berkata, "Demi Allah, saya mengatakan tadi hanya dalam hatiku saja dan saya bertaubat kepada Allah, ampuni saya Syekh". Rupanya hati Syekh terharu dan memberikan pakaian yang bagus kepada si miskin itu dan menunjukkannya ke seorang guru yang bernama Ibnu ad Dahan. Kemudian syekh berkata, "Semoga Allah memberikan kasih sayang-Nya kepadamu melalui hati orang-orang pilihan. Dan semoga hidupmu berkah dan mendapatkan khusnul khatimah".

Syeikh Syadzili Wafat

Syekh Abu al-Abbas al-Mursy, murid kesayangan dan penerus thariqah Syadziliyah mengatakan bahwa gurunya setiap tahun menunaikan ibdah haji, kemudian tinggal di kota suci mulai bulan Rajab sampai masa haji habis. Seusai ibadah haji beliau pergi berziarah ke makam Nabi SAW di Madinah. Pada musim haji yang terakhir yaitu tahun 656H, sepulang dari haji beliau memerintahkan muridnya untuk membawa kapak minyak wangi dan perangkat merawat jenazah lainnnya. Ketika muridnya bertanya untuk apa kesemuanya ini, beliau menjawab, "Di Jurang Humaistara (di propinsi Bahr al-Ahmar) akan terjadi kejadian yang pasti. maka di sanalah beliau meninggal.

***sedikit perkongsian info- kita hadiahkan al fatihah utk as-Syeikh Abu Hassan As-Syazali al wali qutub...al Fatihahhh...




Untuk mendapatkan Doa Hizb Bahr dan terjemahannya, boleh layari di http://notasyurga.blogspot.com/2012/02/hizb-bahr-dan-terjemahannya.html


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More