Rabu, 21 Ogos 2013

Hidayah Itu Milik Allah - Kisah Pelajar Samseng Menginsafi Diri

Ustaz Abdullah Khairi menceritakan bagaimana seorang anak muridnya yang merupakan ketua gangster dan samseng, dek kerana satu peristiwa, mengisafi dirinya hanyalah insan yang lemah.Benarlah, hidayah itu milik All...

Jumaat, 17 Mei 2013

Sedikit Pertimbangan Yang Menyenangkan

Seorang isteri sedang memasak didapur. Suaminya yang berada disampingnya asyik membebel sahaja tanpa kesudahan," hati-hati sikit, apinya terlalu besar! ikan tuuuu, cepat terbalikkan! adoiii...minyak ni terlalu banyak ni, awak nak saya mati sebab kolestrol tinggi  ke?!" Isteri yang bosan dengan kata-kata suaminya lantas menjawab dengan agak lantang, ''saya tahulah macam mana cara nak masak ni, saya dah lama pandai memasak lebih lama dari awak! awak tu, potong bawang pun tak pandai!" Suaminya tersenyum, dan tenang menjawab.. "Saya hanya ingin mengajarmu bagaimana perasaan saya, ketika sedang memandu kereta, kamu disampingku membebel tanpa henti, terutama ketika saya sedang memotong kereta lain, walahal kita tahu yang antara saya dan...

Khamis, 16 Mei 2013

Nasihat Guru - Selesaikan Masalah & Kerja dan Jangan Tangguh

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?” “10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab. Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab, Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab. Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas. Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang...

Rabu, 15 Mei 2013

Kritikan Berterusan Tidak Membahagiakan Perkahwinan

Di sebuah negara yang jauh dari wilayah Pulai Chondong, ada sepasang suami isteri yang sama-sama menyukai dunia muzik. Si isteri senang menyanyi sebagai hobi, suaranya bagus. Sedangkan suaminya seorang ahli muzik yang sangat mengerti dunia seni suara dan dunia muzik. Setiap kali si isteri berlatih menyanyi, sang suami selalu memberikan kritikan. Tempo terlalu cepat, nada di akhir lagu tidak lepas, pengucapan tidak jelas, tempo lari, melodi ke longkang, suara seperti katak puru dan sebagainya. Pada awalnya, si isteri menganggap segala kritikan itu sebagai satu kritikan membina, namun lama kelamaan, si isteri mulai berasa bosan kerana walaupun sekuat mana dia berlatih, dia sentiasa menerima kritikan negetif sahaja dari si suami. Entah bagaimana,...

Selasa, 14 Mei 2013

Jika Kebaikan Sudah Dibalas Di Dunia!

Bertahun-tahun dahulu, pada malam hujan badai, seorang laki-laki tua dan isterinya masuk ke sebuah lobi hotel kecil di Philadelphia. Kesejukan kerana hujan di luar sana, pasangan ini mendekati meja receptionist untuk mendapatkan tempat bermalam. "Ada bilik kosong tak ? Kami mahu menyewa..." tanya sang suami. Sang pelayan, seorang laki-laki ramah dengan tersenyum memandang kepada pasangan itu dan menjelaskan bahwa ada tiga acara pesta dan konvensyen di kota. "Semua bilik di hotel kami telah penuh," pelayan berkata. "Tapi tentu sekali saya tidak akan biarkan kalian berdua keluar dalam hujan diluar sana, apatah lagi di pagi hari pukul 1 ini. Sudikah uncle dan auntie tidur di bilik saya sahaja, ianya tidaklah bilik yang mewah, tapi saya...

Ahad, 7 April 2013

Bila Allah Sentuh Hati Jordi Perez Dengan Hidayahnya

Nama asal beliau Jordi Perez. Berasal dari Catalunya Sepanyol, merupakan peminat bola Kelantan The Red Warrior. . Oleh kerana meminati TRW, beliau hadir di Stadium Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang terkenal dengan slogan THIS IS KOTA BHARU . Sepanjang berada di Kelantan, tiba² jiwanya diusik rasa tenang ketika berada di sini. Hati mula jatuh cinta kepada keindahan ISLAM. Dan bumi Kelantan menerima khabar gembira pada 5 April 2013, beliau dilaporkan telah memeluk agama Islam. Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Allahu Akbar...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More