BENARKAH KISAH ALQAMAH PALSU ?
Penjelasan daripada Ustaz Raja Ahmad Mukhlis :
Point Pertama: BUkan semua hadith yang tidak sahih itu dihukum palsu. Bahkan, sangat sukar untuk menghukum sesuatu hadith itu palsu, apatah lagi dengan perawi yang sekadar dhaif.
Al-Imam Ali al-Qari menukilkan dalam muqoddimah kitab al-Masnu', bahawa al-Imam al-Zarkasyi berkata:
بَيْنَ قَوْلِنَا : لَمْ يَصِحَّ ، وَقَوْلِنَا : مَوْضُوعٌ ، بَوْنٌ وَاضِحٌ. فَإِنَّ الْوَضْعَ إِثْبَاتُ الْكَذِبِ ، وَقَوْلُنَا : لَمْ يَصِحَّ ، إِنَّمَا هُوَ إِخْبَارٌ عَنْ عَدَمِ الثُّبُوتِ ، وَلا يَلْزَمُ مِنْهُ إِثْبَاتُ الْعَدَمِ "
Maksudnya:
Antara perkataan kami "tidak sahih" (sesuatu hadith tersebut) dengan perkataan kami "maudhu' (direka-reka)" (sesuatu hadith tersebut), ada perbezaan yang sangat ketara. Maka sesungguhnya al-wadh'u...