Jumaat, 24 Februari 2012

Bacaan Dalam Solat Dan Maknanya

Slide1
Doa Iftitah
Iftitah_cr
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
Ta’awwudz
Auzubillah
A’uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.
Al Fatihah
Al-fatihah
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil’aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an’amta alaihim gahiril maghdhuubi’alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!

Ruku
Doa-rukuk-1
Subhaana rabbiyal azhim (3x) (”Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung“)
atau
Sujud04
Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii (Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)
I’tidal
Itidal1
Sami’allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.)
Dilanjutkan dengan
\Itidal2

Sujud
Sujud
Subhaana rabbiyal a’la (3x) (Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi)
atau
Doa-sujud-1
Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii (Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)
Duduk Diantara Dua Sujud

Rabbirfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii wahdinii wa 'aafinii wa' fu annii
Duduk Tahiyyat (Tasyahud Awal)
8-tasyahhud awal

Sambung bacaan ini jika berada di  Tasyahud Akhir.

Ertinya:
Segala kehormatan, segala keberkatan, segala doa (sembahyang) segala kebaikan itu adalah keupayaan Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatanNya. Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah. Dan juga aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.

Sambungan yang dibawah ini hanya sunat sahaja:

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Penghulu kami Muhammad dan seluruh keluarga Penghulu kami Muhammad; sebagaimana yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan seluruh keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berkati Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanyalah Engkau sahajalah yang paling terpuji dan yang paling mulia.

Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang dan yang tersembunyi dan yang zahir nyata dan yang terlebih daripada yang diharuskan dan apa yang Engkau ketahui denganya daripadaku; Engkaulah yang mengampuni dosa yang dahulu dan dosa yang kemudian; Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau.

Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada golongan orang-orang yang zalim.

Kredit: Buku Hidup Ibadat, karangan Ustaz Hj Fadzil Hj Ahmad.



Memberi Salam
Salam
Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)

Sumber online: http://www.baitulummah.org/web/?p=141

16 comments:

antynid berkata...

boleh nida share...?
nnt nida bg kredit kt blog ni..
:)

Are-Lan berkata...

bagus..cm mane nak download..hm..

Tanpa Nama berkata...

try tgk tasyahud akhir..mcm de salah sket..mohon betol kan saye jika saya slh..:D

mai berkata...

Salam..tasyahud akhir tu ade slah sikit..ade ayat yg tertinggal..

Unknown berkata...

Terima kasih kepada yang punya blog ni

Unknown berkata...

syukran..=)

Amir Hamzah berkata...

terima kasih atas kerjasama pembuat blog. Tulisan arab pada bunyian "warzukni"-nya juga, kurang jelas huruf 'wau'-nya... ( maafkan saya )

Time Traveller berkata...

Alhamdulillah... perkongsian yang baik terima kasih :D

Mohd Zambri berkata...

Tiada kesalahan di situ cumanya cara bacaan sahaja berbeza daripada yang kita rata-rata mendapat pelajaran formal di sekolah. Hakikatnya ada beberapa cara bacaan tahiyat yang sabit daripada Rasululullah saw. Ini adalah salah satu daripadanya

Nur Hazira Norizan berkata...

Alhamdulillah. T. Kasih :)

The Akhyaar berkata...

Bacaan Tasyahud akhir telah dikemaskini. Terima kasih diatas komen-komen membina.

Walaupun bacaan tersebut tiada salah seperti dinyatakan oleh Mohd Zambri, namun untuk mengelakkan kekeliruan oleh pembaca, saya tampilkan semula bacaan yang diajar di sekolah2.

Semoga ianya memberi manfaat. Insya Allah

Unknown berkata...

mohon share

Unknown berkata...

Terima kasih saudara penulis..semoga Allah swt merahmati jasa baik tuan..izinkan saya menyalin tulisan tuan untuk kita sama2 kusyuk dalam solat..insyaAllah..

Unknown berkata...

mohon share..

MyQassamMumtaz berkata...

assalamualaikum. mohon share

master berkata...

bacaan dalam rukuk lebih tepat "yang maha besar" atau "yang maha agung"? terima kasih.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More