Bacaan Dalam Solat Dan Maknanya
Ketahui bacaan-bacaan didalam solat beserta makna-maknanya. Semoga solat kita semua seperti solat Rasulullah S.A.W.
Doa Selepas Solat Beserta Maksudnya
Ketahui doa-doa selepas sembahyang. Doa-doa ini mengandungi maksud doa. Semoga doa-doa kita semua dimakbul oleh Allah Taala..
Amalan Bacaan Doa Dalam Wuduk
Ketahui bacaan doa didalam wuduk. Setiap perbuatan wuduk diperkemaskan dengan doa-doa yang ikhlas untuk persiapan dalam menunaikan solat penuh khusyuk...
Kenali Hizb Bahr
Kenali Doa Hizb Bahri, pengenalannya, terjemahan doanya, video bacaan hizb bahr serta sejarah riwayat pengasasnya....
Ketenangan Hidup Yang Dicari
Ramai orang mengaitkan ketenangan hidup dgn faktor harta dgn faktor kekayaan. Walaupun itu blh menjadi penyumbang, tetapi itu bkn segalanya. Betapa ramai orang yg berada dlm rumah yg besar, tidur diatas katil yg empuk, tetapi lenanya tidak nyenyak, bahkan ada yg tidur di pondok buruk, kadang² dia lebih lena dari kita. Lihatlah, bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya...
Cintai Rasulullah Sebagaimana Baginda Mencintai Kita
Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku )," berkata Nabi saw. "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi saw. "Kamu adalah sahabat-sahabatku".
Rabu, 21 Ogos 2013
Hidayah Itu Milik Allah - Kisah Pelajar Samseng Menginsafi Diri
Jumaat, 17 Mei 2013
Sedikit Pertimbangan Yang Menyenangkan
Seorang isteri sedang memasak didapur. Suaminya yang berada disampingnya asyik membebel sahaja tanpa kesudahan," hati-hati sikit, apinya terlalu besar! ikan tuuuu, cepat terbalikkan! adoiii...minyak ni terlalu banyak ni, awak nak saya mati sebab kolestrol tinggi ke?!"
Isteri yang bosan dengan kata-kata suaminya lantas menjawab dengan agak lantang, ''saya tahulah macam mana cara nak masak ni, saya dah lama pandai memasak lebih lama dari awak! awak tu, potong bawang pun tak pandai!"
Suaminya tersenyum, dan tenang menjawab..
"Saya hanya ingin mengajarmu bagaimana perasaan saya, ketika sedang memandu kereta, kamu disampingku membebel tanpa henti, terutama ketika saya sedang memotong kereta lain, walahal kita tahu yang antara saya dan awak dalam kemahiran memandu ini, adalah seperti langit dan bumi jauh saya mengatasi diri mu...."
Isteri tunduk terdiam.
Belajar untuk bertimbang rasa dalam memberi sedikit kelonggaran kepada orang lain dan jangan sesekali menyulitkan mereka, dan anda tidak perlu untuk dilihat seperti seorang pemerhati bebas dan juri yang memerhati dengan serius dan mengomen semua tindakan orang disekelilingmu.
Bagilah sedikit kelonggaran itu.. :-)
~nraas 17/05/2013
Khamis, 16 Mei 2013
Nasihat Guru - Selesaikan Masalah & Kerja dan Jangan Tangguh
Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula bising dengan soalan cikgu, tiba-tiba seorang murid menjawab, "Semakin lama cikgu pegang, semakin lenguh lah cikgu, dan akhirnya cikgu sudah tidak mampu lagi memegang gelas itu".
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan tangan saya lenguh-lenguh ini akibat pegang terlalu lama gelas ini?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Guru bukan sahaja mengajar kita ABC, kadangkala membantu kita dalam menyelesaikan masalah kehidupan kita. Sayangi guru anda.
Selamat Hari Guru, Cikgu....
Rabu, 15 Mei 2013
Kritikan Berterusan Tidak Membahagiakan Perkahwinan
Di sebuah negara yang jauh dari wilayah Pulai Chondong, ada sepasang suami isteri yang sama-sama menyukai dunia muzik. Si isteri senang menyanyi sebagai hobi, suaranya bagus. Sedangkan suaminya seorang ahli muzik yang sangat mengerti dunia seni suara dan dunia muzik.
Setiap kali si isteri berlatih menyanyi, sang suami selalu memberikan kritikan. Tempo terlalu cepat, nada di akhir lagu tidak lepas, pengucapan tidak jelas, tempo lari, melodi ke longkang, suara seperti katak puru dan sebagainya. Pada awalnya, si isteri menganggap segala kritikan itu sebagai satu kritikan membina, namun lama kelamaan, si isteri mulai berasa bosan kerana walaupun sekuat mana dia berlatih, dia sentiasa menerima kritikan negetif sahaja dari si suami.
Entah bagaimana, beberapa tahun kemudian sang suami meninggal dunia akibat kecelakaan. Lalu setelah lama menjadi balu,wanita tersebut menikahi kembali dengan seorang lelaki yang merupakan kontraktor rumah sahaja. Ketika sedang masak di dapur, dia tidak sedar yang dia sedang diperhatikan ketika sedang menyanyi sambil memasak.
Rupanya, si suami barunya itu sedang memerhatikannya lalu memeluk dari belakang dan seraya berkata, "Suaramu bagus sekali, aku baru tahu suaramu sangat merdu,"
Mendengar pujian itu, si wanita tersebut senang hati bukan kepalang. Pujian yang terlihat sederhana itu dapat menyegarkan hati dan memacu semangatnya. Sang wanita akhirnya dengan rasa senang hati sentiasa menyanyi ketika memasak, juga ketika memandu dan hal itu membuat dirinya senang, tanpa tekanan, tanpa kritikan. Si suami tersebut melihat si isteri sentiasa ceria dan bahagia, lantas dirinya juga terasa sangat aman dan bahagia dengan kehidupan keluarganya.
Sebenarnya si suami bukanlah mengerti lansung tentang hal muzik, apatah lagi istilah 'tempo ke laut' atau 'suara katak puru' dan sebagainya. Hari-harinya diisi dengan bunyi deruman enjin-enjin di tapak pembinaan, justeru bila dia mendengar isterinya menyanyi, dirasakan suara itu 1000 kali ganda lebih baik dari mendengar bunyi deruman enjin itu.
Mereka bahagia kerana si suami mengetahui dengan memuji isterinya walaupun hal itu kecil dan remeh, ianya mampu membangkitkan motivasi seorang isteri dan melonjak tinggi semangat seorang wanita itu.
Jangan lokek untuk memuji isteri, kunci kebahagiaan adalah hasil kegembiraan dalaman diri kedua-dua pasangan. Bukan tidak salah untuk kritik, namun jangan dilupakan sesekali pujian.
Lelaki diluar sana, seorang isteri menyukai tiga ungkapan dari sang suami :
1- Sayang, saya menyayangimu sepenuh hati...
2- Sayang, kamu kelihatan sangat cantik dan slim..
3- Sayang, jom shopping....
Senyum... ~nraas 15052013
Selasa, 14 Mei 2013
Jika Kebaikan Sudah Dibalas Di Dunia!
Bertahun-tahun dahulu, pada malam hujan badai, seorang laki-laki tua dan isterinya masuk ke sebuah lobi hotel kecil di Philadelphia. Kesejukan kerana hujan di luar sana, pasangan ini mendekati meja receptionist untuk mendapatkan tempat bermalam.
"Ada bilik kosong tak ? Kami mahu menyewa..." tanya sang suami.
Sang pelayan, seorang laki-laki ramah dengan tersenyum memandang kepada pasangan itu dan menjelaskan bahwa ada tiga acara pesta dan konvensyen di kota.
"Semua bilik di hotel kami telah penuh," pelayan berkata. "Tapi tentu sekali saya tidak akan biarkan kalian berdua keluar dalam hujan diluar sana, apatah lagi di pagi hari pukul 1 ini. Sudikah uncle dan auntie tidur di bilik saya sahaja, ianya tidaklah bilik yang mewah, tapi saya pasti kalian berdua boleh tidur nyenyak sahaja di sini sementara menunggu siang hari."
Dikala pasangan ini ragu-ragu, pelayan muda ini memujuk. "Jangan khuatir tentang saya. Saya ini bukan orang jahat," kata sang pelayan sambil tersenyum. Akhirnya pasangan ini setuju.
Pagi hari mula tiba, pasangan tua tersebut mula ingin beredar pergi dari hotel, lalu mereka mendatangi pelayan tadi untuk mengucapkan terima kasih.
"Anda seperti seorang manager yang baik yang seharusnya menjadi pemilik hotel terbaik di Amerika. Mungkin suatu hari saya akan membangun sebuah hotel untuk anda."
Sang pelayan melihat mereka dan tersenyum. Mereka bertiga tertawa.
Dalam perjalanan pulang, pasangan tua ini berbual panjang dan merumuskan, sangat sukar untuk menemui seseorang yang ramah dalam persahabatan dan menolong orang dalam kesusahan seperti yang dilakukan oleh pelayan tadi.
Dua tahun telah berlalu, sang pelayan sudah pun melupakan peristiwa itu. Namun di pagi itu beliau menerima surat, mengingatkan kenangan dia menolong pasangan tua itu. Dalam suratnya dipohon agar anak muda ini sudi kiranya ke New York, kerana pasangan tua ini kepingin sangat untuk berjumpa.
Pelayan ini akhirnya ke New York, dan berjumpa dengan pasangan tua ini. Pasangan tua tadi membawa dia ke sudut Fifth Avenue and 34th Street.
Lelaki tua seraya menunjuk sebuah gedung baru yang megah di sana, sebuah istana dengan batu kemerahan, dengan menara yang menjulang ke langit.
"Itu," kata laki-laki tua, "adalah hotel yang baru saja saya bangun untuk engkau uruskan".
"Anda pasti sedang bergurau," jawab laki-laki pelayan muda itu tersenyum.
"Saya jamin, saya tidak," kata laki-laki tua itu, dengan tersenyum lebar.
Nama laki-laki tua itu adalah William Waldorf Astor, dan struktur bangunan megah tersebut adalah bentuk asli dari Waldorf-Astoria Hotel.
Laki-laki muda yang kemudian menjadi manager pertama adalah George C. Boldt.
Nyata sekali, kebaikan ikhlas yang tidak diminta balasannya sangatlah besar di dunia.
Pelayan muda ini tidak akan pernah melupakan kejadian yang membawa dia untuk menjadi manager dari salah satu jaringan hotel paling bergengsi di dunia.
p/s: Balasan kebaikan di dunia dah cukup indah, bagaimana dgn balasan syurga untuk mereka-mereka yang mengamalkan kehidupan yang dituntut oleh agama Islam?
Ke Syurga, Insya Allah! ~ÑRAAS
http://notasyurga.blogspot.com
Ahad, 7 April 2013
Bila Allah Sentuh Hati Jordi Perez Dengan Hidayahnya
Sepanjang berada di Kelantan, tiba² jiwanya diusik rasa tenang ketika berada di sini.
Hati mula jatuh cinta kepada keindahan ISLAM.
Dan bumi Kelantan menerima khabar gembira pada 5 April 2013, beliau dilaporkan telah memeluk agama Islam.
Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Allahu Akbar!