Jumaat, 17 Mei 2013

Sedikit Pertimbangan Yang Menyenangkan



Seorang isteri sedang memasak didapur. Suaminya yang berada disampingnya asyik membebel sahaja tanpa kesudahan," hati-hati sikit, apinya terlalu besar! ikan tuuuu, cepat terbalikkan! adoiii...minyak ni terlalu banyak ni, awak nak saya mati sebab kolestrol tinggi  ke?!"

Isteri yang bosan dengan kata-kata suaminya lantas menjawab dengan agak lantang, ''saya tahulah macam mana cara nak masak ni, saya dah lama pandai memasak lebih lama dari awak! awak tu, potong bawang pun tak pandai!"

Suaminya tersenyum, dan tenang menjawab..

"Saya hanya ingin mengajarmu bagaimana perasaan saya, ketika sedang memandu kereta, kamu disampingku membebel tanpa henti, terutama ketika saya sedang memotong kereta lain, walahal kita tahu yang antara saya dan awak dalam kemahiran memandu ini, adalah seperti langit dan bumi jauh saya mengatasi diri mu...."

Isteri tunduk terdiam.

Belajar untuk bertimbang rasa dalam memberi sedikit kelonggaran kepada orang lain dan jangan sesekali menyulitkan mereka, dan  anda tidak perlu untuk dilihat seperti seorang pemerhati bebas dan juri yang memerhati dengan serius dan mengomen semua tindakan orang disekelilingmu.

Bagilah sedikit kelonggaran itu.. :-)


~nraas 17/05/2013

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More