Rabu, 15 Mei 2013

Kritikan Berterusan Tidak Membahagiakan Perkahwinan


Di sebuah negara yang jauh dari wilayah Pulai Chondong, ada sepasang suami isteri yang sama-sama menyukai dunia muzik. Si isteri senang menyanyi sebagai hobi, suaranya bagus. Sedangkan suaminya seorang ahli muzik yang sangat mengerti dunia seni suara dan dunia muzik.

Setiap kali si isteri berlatih menyanyi, sang suami selalu memberikan kritikan. Tempo terlalu cepat, nada di akhir lagu tidak lepas, pengucapan tidak jelas, tempo lari, melodi ke longkang, suara seperti katak puru dan sebagainya. Pada awalnya, si isteri menganggap segala kritikan itu sebagai satu kritikan membina, namun lama kelamaan, si isteri mulai berasa bosan kerana walaupun sekuat mana dia berlatih, dia sentiasa menerima kritikan negetif sahaja dari si suami.

Entah bagaimana, beberapa tahun kemudian sang suami meninggal dunia akibat kecelakaan. Lalu setelah lama menjadi balu,wanita tersebut menikahi kembali dengan seorang lelaki yang merupakan kontraktor rumah sahaja. Ketika sedang masak di dapur, dia tidak sedar yang dia sedang diperhatikan ketika sedang menyanyi sambil memasak.

Rupanya, si suami barunya itu sedang memerhatikannya lalu memeluk dari belakang dan seraya berkata, "Suaramu bagus sekali, aku baru tahu suaramu sangat merdu,"

Mendengar pujian itu, si wanita tersebut senang hati bukan kepalang. Pujian yang terlihat sederhana itu dapat menyegarkan hati dan memacu semangatnya. Sang wanita akhirnya dengan rasa senang hati sentiasa menyanyi ketika memasak, juga ketika memandu dan hal itu membuat dirinya senang, tanpa tekanan, tanpa kritikan. Si suami tersebut melihat si isteri sentiasa ceria dan bahagia, lantas dirinya juga terasa sangat aman dan bahagia dengan kehidupan keluarganya.

Sebenarnya si suami bukanlah mengerti lansung tentang hal muzik, apatah lagi istilah 'tempo ke laut' atau 'suara katak puru' dan sebagainya.  Hari-harinya diisi dengan bunyi deruman enjin-enjin di tapak pembinaan, justeru bila dia mendengar isterinya menyanyi, dirasakan suara itu 1000 kali ganda lebih baik dari mendengar bunyi deruman enjin itu.

Mereka bahagia kerana si suami mengetahui dengan memuji isterinya walaupun hal itu kecil dan remeh, ianya mampu membangkitkan motivasi seorang isteri dan melonjak tinggi semangat seorang wanita itu.

Jangan lokek untuk memuji isteri, kunci kebahagiaan adalah hasil kegembiraan dalaman diri kedua-dua pasangan. Bukan tidak salah untuk kritik, namun jangan dilupakan sesekali pujian.

Lelaki diluar sana, seorang isteri menyukai tiga ungkapan dari sang suami :
1- Sayang, saya menyayangimu sepenuh hati...
2- Sayang, kamu kelihatan sangat cantik dan slim..
3- Sayang, jom shopping....

Senyum... ~nraas 15052013

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More